Hi everyone!..
Hari ni just nak share a simple recipe for your kids or baby...
Vege spiral pasta bolognese.
Bahan-bahannya:
1 bowl vege spiral pasta ( or may use other pasta)
2 batang carrot (diparut)
2 biji tomato (dice)
1 biji bawang besar (dice)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 dada ayam (cut into small dice) or you may use minced chicken / meat
5 sudu besar sos tomato (agak-agak mcm kurang, boleh tambah lg)
Sedikit Italian herbs
Sedikit garam
1 bowl air
Sedikit minyak zaitun
1. Rebus pasta singgah masak. Masukkan sedikit minyak zaitun semasa merebus pasta supaya tidak melekat. Tos dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar di dalam kuali non stick sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan goreng hingga sedikit masak.
3. Masukkan Italian herbs dan kacau ingat naik bau. Kemudian, masukkan tomato yg telah didadu tadi. Kacau seketika dan masukkan air. Reneh seketika sehingga tomato hancur.
4. Masukkan carrot yg telah diparut. Masukkan sos tomato dan sedikit garam. Kacau dan biar seketika. Jika kuah agak masam, masukkan sedikit gula.
5. Apabila kuah sudah sedikit kering, masukkan pasta yg telah direbus tadi. Kacau sehingga rata atau kering.
6. Tutup api dan sedia dihidang utk si kecik.
*sukatan mangkuk tu saya guna mangkuk Ikea...
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment